SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w.
sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal
yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah
datang menemui
Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama
Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal
dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah
tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan
mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam
jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya
menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku
kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian
angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di
tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian,
hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang
benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang,
dia segera menemui
Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut
dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat
gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad
s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh
ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di
kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana
Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang
hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah
berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan
dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan
melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini
masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan
antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada
Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang.
Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama
lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui
Rasulullah s.a.w. , maka Baginda
s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya."
Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan
penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a
sahabat yang banyak mengetahui hadith
Rasulullah s.a.w. berkata kaum
Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang
dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap
Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun
menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin
Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian
indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para
sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat
persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia
menemui
Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi
Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya
tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang
syahid. Mati membela agama
Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan
syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.
NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU
Seorang telah datang menemui Rasulullah
s.a.w. dan telah menceritakan kepada
Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu
Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri
Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.
Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para
sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai
tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah
menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan
pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah
tetamu
Rasulullah s.a.w. Kita mesti
melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang
ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita
tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah
kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah!
Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma
sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini
?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka
dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya
duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang
sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu,
sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu
tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan
bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan
seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa
menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga
berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu,
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."
(Al-Hasy : 9)
GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA
Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan
Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu
itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya
tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.
Peristiwa pertama adalah, bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka
Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya
Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya
Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya
serta sudah mengelilingi di sekitar
Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon
itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka
Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il
bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah
salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku
minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan
Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada
Rasulullah, bahawa aku sejak Allah
s.w.t. menurunkan ayat yang bermaksud :
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari
(seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad
s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah
s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah,
aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan
halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan
membawa pedang
terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad
s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah,
aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu
taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan
dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang
memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w.
bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah,
sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku
menderhakainya dari sebab perbuatannya yang
buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur
meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada
engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan
menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau
Allah s.w.t. menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan
Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di
lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau
terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan
kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul
syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang engkau bawa
itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan
ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang
dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya
yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari
terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu
dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini
berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat
sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh
Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan
Tuhan memberikan hidayah, sehingga
niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar
Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi
itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima
Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka
Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya
Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab
Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis
Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu
berkata "Wahai saudaraku jangan dekati
Muhammad, dia itu orang gila, dia
itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian
akan dipengaruhinya". Setiap pagi
Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah
s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu
walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang
bernama
Muhammad. Rasulullah
s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad
s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah
s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau
bertanya kepada anaknya,
"Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha
menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli
sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali
satu sunnah saja". "Apakah
itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah
s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan
untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah
r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan
untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis
itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai
menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,
"Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan
!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta
itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan
tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu
selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut
dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri",
pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil
berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang
pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu
telah tiada. Ia adalah
Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah
pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian
berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya,
memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku
dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi
buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG
Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke
langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan
bertanda ada satu rombongan
kafilahÏ akan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah
s.a.w. melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah.
Nabi Muhammad s.a.w. langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu
Rasulullah s.a.w. menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain.
Rasulullah s.a.w. mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu
Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam
rombongan tersebut. Beliau, Rasulullah s.a.w.
telah diizinkan. Rasulullah s.a.w. mulailah
berdakwah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah
s.a.w. telah sampaikan kebesaran Allah
s.w.t. dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari
Rasulullah s.a.w. , Rasulullah
s.a.w. pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke
Mekkah. Rasulullah s.a.w. kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam
perjalanan. Rasulullah s.a.w. hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah
Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di
akhirat.
BIDADARI UNTUK UMAR R.A.
Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah
s.a.w. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani
solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang
wara, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada
Rasulullah s.a.w. , "Wahai Rasulullah
s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah
berikutnya".Rasulullah s.a.w.
menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak
Allah s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di
Al-Quran yang diturunkan Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat
Al-Quran lainnya.
Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap
Allah s.w.t. Rasulullah
s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan
Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika
Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan menghadap Allah
s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah
s.a.w. taman-taman surga. Rasulullah s.a.w.
melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada
seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu
menyendiri dan tampak sangat
pemalu. Rasulullah s.a.w. bertanya
kepada Jibril
a.s., "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril a.s.
menjawab,
"Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah
suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan
keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda
dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit
hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan
bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat
pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah
s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".
Nabi Sulaiman a.s. dan Seekor Semut
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami
musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi
bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman
a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan
memintanya memohon kepada
Allah s.w.t. agar menurunkan hujan
untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman
a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang
terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a
memohon kepada
Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor
semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan
dan kehausan. Baginda Sulaiman
a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah
s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya
Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya
kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya
Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada
Allah s.w.t. Mendengar doa si semut
maka Baginda Sulaiman
a.s.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke
kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi
Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian.
Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan.
Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah
kurma. Baginda Sulaiman
a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan
menanyainya:
"Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab,
Ini adalah kurma yang
Allah s.w.t. berikan kepada ku
sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman
a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,
"Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah
membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai
makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk
melihat
keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun
telah berlalu. Baginda Sulaiman
a.s. datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan
kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman
a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak
menghabiskan kurmamu"
"Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak
berpuasa. Selama ini
Allah s.w.t. yang memberikan
kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau
memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak
memberiku kurma lagi
kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.
PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN
Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat
banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya
dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang
menghadap Nabi Musa
a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh
berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa
a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah
s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t.
menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu,
"Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah
s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia
berkata,
"Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian
yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin
itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu
kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa
a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata
kepada Nabi Musa
a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah
s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku
itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada
Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada
Allah s.w.t.?. Allah
s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat
mendengar. Allah s.w.t. telah
memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku
kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak
mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke
rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin
Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah
miskin. Allah s.w.t. mengambil semua
kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua
kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.
KAMBING DAN ALAT TENUN
Imam Ahmad telah memberitakan dari Humaid bin Hilal, dia
berkata:
"Ada seorang lelaki yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia
membawa cerita yang aneh-aneh kepada orang-orang kampung. Dia bercerita:
"Suatu ketika aku datang ke Madinah dalam rombongan dagang, lalu aku
menjual semua barang-barang yang aku bawa. Aku berkata kepada diriku:
"Mengapa aku tidak pergi kepada orang lelaki yang membawa ajaran baru
itu, barangkali aku dapat mendengar berita-berita yang aneh untuk aku
bawa kembali bersamaku?! Aku pun pergi kepada
Rasulullah s.a.w. untuk bertanya sesuatu, lalu Rasulullah
s.a.w. menunjuki arah sebuah rumah, katanya: "Ada seorang
wanita yang tinggal di rumah itu . Pernah dia mengikut tentera Islam
berjihad, dan ditinggalkannya 12 ekor kambingnya dan sebuah alat tenunan
yang digunakannya untuk menenun pakaian. Apabila dia kembali dari
berjihad, didapati kambingnya hilang seekor, dan alat tenunannya pun
hilang. Dia merasa sedih atas kehilangannya itu. Maka dia pun mengangkat
kedua belah tangan berdoa kepada Tuhannya dengan penuh kesungguhan,
katanya:
"Ya Tuhanku! Engkau
telah berikan jaminan bahwa siapa yang keluar berjihad pada jalanmu,
Engkau akan pelihara harta
bendanya, dan sekarang aku telah kehilangan seekor kambing, dan alat
tenunanku. jadi aku minta ganti kambing yang hilang dan alat tenunanku
itu!"
Rasulullah s.a.w. terus menceritakan
betapa sungguh-sungguhnya dia berdoa dan memohon kepada Tuhannya,
sehingga pada esok harinya dia mendapati di pintu rumahnya kambingnya
yang hilang itu dengan seekor kambing lagi bersamanya. Begitu juga dia
melihat alat tenunannya ada di situ dengan satu alat tenun yang lain.
Itulah ceritanya, kata
Rasulullah s.a.w. dan jika engkau mau, pergilah kepadanya di rumah itu, dan tanyalah dia cerita itu! "Tidak", jawabku,
"Akan tetapi aku percaya semua yang engkau katakan itu!"
(Majma'uz-Zawaid 5:277)
KEBERANIAN SAAD BIN ABU WAQQASH R.A.
Ibnu Asakir telah mengeluarkan dari Az-Zuhri dia telah berkata: Pada suatu hari
Rasulullah s.a.w. telah mengutus
Sa'ad bin Abu Waqqash ra. untuk mengetuai suatu pasukan ke suatu tempat
di negeri Hijaz yang dikenal dengan nama Rabigh. Mereka telah diserang
dari belakang oleh kaum Musyrikin, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra.
mengeluarkan panah-panahnya serta memanah mereka dengan panah-panah itu.
Dengan itu, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra. menjadi orang pertama yang
memanah di dalam Islam, dan peristiwa itu pula menjadi perang yang
pertama terjadi di dalam Islam. (Al-Muntakhab 5:72)
Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, dia berkata: "Pada hari
pertempuran di Uhud Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah membunuh tiga orang
Musyrikin dengan sebatang anak panah. Dipanahnya seorang, lalu
diambilnya lagi panah itu, kemudian dipanahnya orang yang kedua dan
seterusnya orang yang ketiga dengan panah yang sama. Ramai para sahabat
merasa heran tentang keberanian Sa'ad itu. Maka Sa'ad
berkata: "Rasulullah s.a.w. yang telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu berani
sekali". (Al-Muntakhab 5:72)
Bazzar telah mengeluarkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. dia berkata:
"Pada hari pertempuran di Badar, Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah
menyerang musuh dengan berkuda dan dengan berjalan
kaki". (Majma'uz Zawa'id 6:82)
BERTANI DISYURGA
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w.
berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Rasulullah
s.a.w. menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada
Allah s.w.t. untuk bercocok tanam, kemudian
Allah s.w.t. bertanya kepadanya bukankah Allah
s.w.t. telah berikan semua perkara yang dia perlukan? Lelaki
itu mengakui, tetapi dia suka bercocok tanam. Lalu dia menabur biji
benih.
Tanaman itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya.
Hasilnya dapat setinggi gunung.
Allah s.w.t. berfirman kepadanya, "Wahai anak Adam, ia tidak mengenyangkan perut kamu".
"Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Anshar
kerana mereka dari golongan petani. Kami bukan dari golongan petani", kata orang Badui
itu. Rasulullah s.a.w. tertawa mendengar kata-kata orang
Badui itu.
WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan
pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada
musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu
Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun
Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril
a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh
Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka
bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah
s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah
s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah
s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh
malaikat Jibril
a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun
gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah
sempurna."
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah
s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia
pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya.
Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu
Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka
berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka
berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab
agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat
maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak
tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu
bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah
akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut
bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah
s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah
mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis
dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat
yang lain, maka mereka pun terus memberitahu
Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para
sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w., kami
baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang
menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka
Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka
Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali
ra. berkata, "YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?." Lalu Rasulullah
s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra.
adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua
telah dekat".
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah
s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada
Rasulullah s.a.w., 'Ya Rasulullah,
waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak
tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta
baginda." Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata kepada
Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan
tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah
sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata,
"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah
di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat
beliau. "Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal
ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.
telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi:
"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash
Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab
pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada
Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah
s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke
depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash
Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar
duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun,
lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada
di samping
Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah
s.a.w. berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah
s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah,
bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya
Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka
Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah
s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh
Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya
Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh
Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah
s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu
hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah
bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat
genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah,
inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi
darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w.
di dalam syurga."
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga
Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua
hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada
Allah s.w.t. dan menempatkannya di
syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain
Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan
mensolatkan aku ialah Allah s.w.t.,
kemudian yang akan
mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil,
malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan
semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian
secara berkelompok
bersolat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya
Rasulullah s.a.w. anda adalah
seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama
ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang
menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah
akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang
benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua
dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi
diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada
Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit
Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar
Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan
bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari
Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah
s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah
Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah
Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya
Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah
s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra.
mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke
masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh
hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah
s.a.w. berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan
solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah
s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah
Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar
kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia
jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan
sahabat dalam masjid, sehingga
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada
Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah
ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid." Kemudian
Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah
s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w.
pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan
Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu
semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir
aku di dunia." Setelah berkata demikian maka
Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian
Allah s.w.t. mewahyukan kepada
malaikat lzrail
a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik
rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu
melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke
rumahnya maka minta izinlah
terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke
rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah
s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah
Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam,
"Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?"
(Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai
penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila
Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba
Allah, Rasulullah
s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali
ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah
s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya
Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya
bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai
Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab
Fathimah, "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta
meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi
setelah mengetahui
bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis
sepuas-puasnya. Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan
Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai
Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu
dengan aku." Kemudian
Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya
Rasulullah." Lalu Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau
datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat
lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut
ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku
akan kembali." Berkata
Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di
manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan
Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak
beberapa lama kemudian Jibril
a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah
s.a.w..
Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril
a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu
bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah
s.a.w. bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s.,
"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun
rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka,
dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata
Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril
a.s., "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya
aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau
masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga
sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku."
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau
sampai pada pusat, maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari
Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril
a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril
a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh
Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga
solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya
Rasulullah
s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan
kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya
dengan
Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril
a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai
Muhammad, sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menciptakan
sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang
selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan
dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu.
Link ke posting ini